Kami di KM Motor mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan kami yang memberi sokongan tanpa berbelah bagi kepada kami. Ini menguatkan lagi semangat kami untuk terus memberi perhidmatan pada semua pengguna-pengguna Naza dan Kia di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur, Puchong, Shah Alam dan Putrajaya.
Dari maklumbalas yang kami terima daripada pengguna-pengguna Naza dan Kia seluruh negara, ramai yang memberi sokongan positif pada usaha kami dalam untuk menjadikan KM Motor Services sebagai penyedia perkhidmatan baikpulih alternatif kepada pengguna Naza dan Kia.
Kami juga menghargai sokongan dari pelanggan-pelanggan kami yang terdiri daripada pemilik Hyundai atas kepercayaan mereka untuk menggunakan perkhidmatan kami. Pada dasarnya memang kenderaan Hyundai mempunyai banyak persamaan dengan Naza dan Kia dari segi enjin dan juga sistem yang digunakan.
Atas dasar ini kami ingin mengajak lebih ramai lagi pengguna Naza, Kia dan Hyundai sekitar Lembah Klang untuk menggunakan perkhidmatan kami. MUNGKIN KAMI ADA PERBEZAAN YANG ANDA CARI SELAMA INI...
KM MOTOR SERVICES
|
|
Friday, July 6, 2007
DARI MEJA KM MOTOR
Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan di sini
