TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN INI

Tuesday, February 3, 2009

TENTANG KAMI


KM Motor Services telah ditubuhkan secara tidak rasmi pada Feb 2006 dan menjalankan perniagaan membaikpulih kenderaan secara sambilan.


Bermula Mei 2007, KM Motor hasil kombinasi dua anak muda dari utara dan selatan ini secara rasminya telah membuka sebuah pusat membaikpulih kenderaan berjenama NAZA dan KIA di Taman Sri Puchong, Puchong Selangor. Terbaru pada Januari 2009, sebuah lagi cawangan di Ampang dibuka.

Berbekalkan kepakaran yang telah ditimba di NAZAKIA Puchong selama 6 tahun serta sedikit pengikhtirafan yang diperolehi ketika dalam tugas dahulu, kini kami cuba untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dengan harga yang berpatutan kepada seluruh warga Lembah Klang, Ampang, Kuala Lumpur, Cheras, Puchong, Shah Alam, Putrajaya dan kawasan sekitarnya.

Jadi dengan tertubuhnya KM Motor diharap kami dapat memberi lebih pilihan kepada para pengguna Naza dan Kia untuk memperolehi perkhidmatan baikpulih kenderaan mereka.

Jadi jika anda pengguna kenderaan Naza atau Kia, silalah berkunjung ke workshop kami... MUNGKIN KAMI BOLEH MNJADI PILIHAN ANDA YANG TEPAT...

KM MOTOR SERVICES


 
© KM Motor Services - Pakar kenderaan Naza dan Kia anda