Di tahun baru 2009 ini, kami ingin mengucapkan selamat tahun baru pada semua pelanggan kami serta tidak lupa pada semua pengguna Naza dan Kia seluruh negara.
Bersempena tahun baru 2009 KM Motor Services juga ingin mewarwarkan kepada pengguna-pengguna Naza dan Kia sekitar Ampang , Cheras, Gombak, Selayang dan Setapak bahawa kami telah membuka satu cawangan baru di Ampang iaitu berhadapan dengan Tesco Ampang.
Dalam usaha kami untuk menjadi penyedia perkhidmatan baikpulih alternatif bagi kenderaan Naza dan Kia diharap cawangan baru ini dapat memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan kami sekitar Kuala Lumpur. Kami juga berharap pengguna-pengguna Naza dan Kia sekitar Ampang dapat mencuba perkhidmatan kami. Sokongan anda semua amat kami hargai.
Atas semangat ini KM Motor Services kini bersedia memberi perkhidmatan yang terbaik untuk anda. Jadi jangan berlengah lagi, kunjungilah workshop kami segera...
KM MOTOR SERVICES
|
Tuesday, February 3, 2009
KM MOTOR SERVICES AMPANG
TENTANG KAMI
KM Motor Services telah ditubuhkan secara tidak rasmi pada Feb 2006 dan menjalankan perniagaan membaikpulih kenderaan secara sambilan.
Bermula Mei 2007, KM Motor hasil kombinasi dua anak muda dari utara dan selatan ini secara rasminya telah membuka sebuah pusat membaikpulih kenderaan berjenama NAZA dan KIA di Taman Sri Puchong, Puchong Selangor. Terbaru pada Januari 2009, sebuah lagi cawangan di Ampang dibuka.
Berbekalkan kepakaran yang telah ditimba di NAZAKIA Puchong selama 6 tahun serta sedikit pengikhtirafan yang diperolehi ketika dalam tugas dahulu, kini kami cuba untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dengan harga yang berpatutan kepada seluruh warga Lembah Klang, Ampang, Kuala Lumpur, Cheras, Puchong, Shah Alam, Putrajaya dan kawasan sekitarnya.
Jadi dengan tertubuhnya KM Motor diharap kami dapat memberi lebih pilihan kepada para pengguna Naza dan Kia untuk memperolehi perkhidmatan baikpulih kenderaan mereka.
Jadi jika anda pengguna kenderaan Naza atau Kia, silalah berkunjung ke workshop kami... MUNGKIN KAMI BOLEH MNJADI PILIHAN ANDA YANG TEPAT...
KM MOTOR SERVICES
HUBUNGI KAMI
Untuk sebarang pertanyaan, anda bolehlah berhubung terus dengan kami di talian berikut;
Cawangan Ampang
Nizam -017 3478402
Atau anda boleh datang terus ke workshop kami di alamat berikutKM Motor Services
No 4, Blok A Bangunan IKS,
Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 ( MRR2 ),
Kampung Pandan
55100 Kuala Lumpur
Tel - 03 92828942
Cawangan Puchong (Telah Ditutup)
Pertanyaan Online
Anda boleh mengisi borang pertanyaan yang telah disediakan di bahagian bawah untuk sebarang pertanyaan ( masalah kenderaan, perkhidmatan dan promosi ). Kami akan cuba menjawab seberapa segera yang mungkin pertanyaan anda.
Waktu Perniagaan- Isnin - Sabtu - ( 9.30 am - 6.30 pm )
- Jumaat - ( 12.45pm - 2.30 pm ) - Tutup sementara
- Ahad - cuti
p/s Untuk lebih jelas tentang lokasi workshop... klik di sini
KM MOTOR SERVICES
PENGIKTIRAFAN
Kami di KM Motor hanya memberi servis yang berkualiti dan terjamin. Selaras dengan title 'Specialist' yang kami gunakan dalam memberi perkhidmatan kepada para pelanggan.
Unit teknikal kami terdiri daripada mereka yang berpengalaman serta mempunyai kepakaran teknikal yang tinggi dalam selok belok membaik pulih kenderaan NAZA dan KIA. Antara pengiktirafan yang diperolehi ialah mendapat pingat gangsa dalam pertandingan Naza Kia National Skill Cup 2003 yang menguji kemahiran teknikal serta kebolehan menyelesaikan masalah kenderaan kia yang dianjurkan oleh pihak kia sendiri.
Berbekalkan kemahiran serta pengalaman yang ada ini kami pertaruhkan untuk mendapat kepercayaan anda semua pengguna-pengguna Naza dan Kia.
Jadi berkunjunglah ke workshop kami untuk mendapat servis serta penyelenggaraan yang lebih baik untuk kenderaan Naza dan Kia anda. MUNGKIN KAMI ADA PENYELESAIAN UNTUK MASALAH KENDERAAN ANDA...
Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan di sini