Di tahun baru 2009 ini, kami ingin mengucapkan selamat tahun baru pada semua pelanggan kami serta tidak lupa pada semua pengguna Naza dan Kia seluruh negara.
Bersempena tahun baru 2009 KM Motor Services juga ingin mewarwarkan kepada pengguna-pengguna Naza dan Kia sekitar Ampang , Cheras, Gombak, Selayang dan Setapak bahawa kami telah membuka satu cawangan baru di Ampang iaitu berhadapan dengan Tesco Ampang.
Dalam usaha kami untuk menjadi penyedia perkhidmatan baikpulih alternatif bagi kenderaan Naza dan Kia diharap cawangan baru ini dapat memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan kami sekitar Kuala Lumpur. Kami juga berharap pengguna-pengguna Naza dan Kia sekitar Ampang dapat mencuba perkhidmatan kami. Sokongan anda semua amat kami hargai.
Atas semangat ini KM Motor Services kini bersedia memberi perkhidmatan yang terbaik untuk anda. Jadi jangan berlengah lagi, kunjungilah workshop kami segera...
KM MOTOR SERVICES
|
Tuesday, February 3, 2009
KM MOTOR SERVICES AMPANG
Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan di sini